Friday, September 19, 2008

RAGAM MANUSIA

Manusia oh manusia!
Manusia ada pelbagai ragam
Yang sedih, bongkak, sombong keras kepala pun ada
Yang bergumbira, girang sentiasa pun ada
Suka dan duka, asam garam rencah kehidupan di dunia

Manusia oh manusia!
Bila ku khabarkan khabar berita
Bukannya apa sekadar mohon kau bersedia
Tapi kau buat tak endah saja
Pandangku tidak pun sebelah mata
Cuma diriku yang kau persenda

Hai tapi manusia oh manusia!
Bila ku duduk diam membisu saja
Tidakku sampaikan berita buatmu
Diriku kau salahkan pula
"mengapa tak kau khabarkan segera"
"hanya seorang ingin berjaya"

Manusia oh manusia!
Jika begini terusan sikapmu
Pasti kau duduk di sini saja
Sedangkan aku, Insyallah
akan ku capai si awan biru
Buat membalas jasa ayah dan ibu

No comments: