Saturday, December 27, 2008

Waktu Sihat Ingatlah Pada Allah

Sekadar berkongsi ceritera.....
Pada suatu pagi
Saya dan keluarga ke luar ke bandar
Untuk menguruskan bil

Saya dan anak duduk di hadapan sebuah bangunan (rahsia-takut ada yang terasa hati)
Sementara menunggu suami tercinta mencari parking kereta
Tiba-tiba datang seorang alim mengutip derma..
Beliau mengutip derma kepada seorang anak muda yang berdiri tidak jauh di hadapan kami..
Orang alim tersebut menghulurkan kotak berisi duit dan pengenalan tempat yang memohon derma

Anak muda tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya...
Kataku dalam hati "anak muda ini tidak mahu menerima pahala yang bakal diperolehi"
Tidak mengapa memberi sedikit cuma
Jangan dipersoal samada sampai atau tidak derma yang dihulur
Jangan banyak sesi persoalan
Jika rasa mahu memberi hulurkan sahaja
Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima

Orang alim itu pun berlalu
tiba-tiba handphoneku berbunyi
lagu yang kedengaran adalah New Sakha ":Ingat Allah"
Bunyinya "WAKTU SENANG INGATLAH PADA ALLAH, WAKTU MISKIN INGATLAH PADA ALLAH"
Iramanya seperti yang sering kedengaran di kaca TV cerita Permata Hati kalau tak silapku
NABILA nama gelaran pelakonnya dalam cerita tersebut...

Anak muda itu berpaling...
Tidakku pasti
Samada
Beliau sangka aku menyindirnya
atau
Beliau tersedar atas perbuatannya tadi
Cuma doaku
AGAR KITA JANGAN LUPAKAN ORANG DI SEKELILING KITA
1/3 DARI PENDAPATAN KITA ADALAH UNTUK ORANG2 YANG MEMERLUKAN
MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENUNAIKAN HAK MEREKA TERSEBUT...
JANGAN DIPERSOALKAN KEMUDIAN HARI KELAK

Sekadar renungan: Pada suatu hari minggu, rumahku dikunjungi peminta sedekah berbangsa asing..bukan rakyat malaysia..alhamdulillah ku hulurkan...3 hari kemudian beliau datang lagi meminta...kali ini entah apa yang merasukku..ku diamkan diri sahaja...cepat sungguh balasan Allah...wanita tersebut meminta haknya, tetapi tidak kutunaikan...tidak lama kemudian anakku diserang demam sangat panas...lalu >RM1 RIBU terpaksa ku keluarkan untuk membayar bil hospital. Kerana kedekut beberapa ringgit, sejumlah wang yang besar terpaksa ku korbankan

No comments: