Tuesday, March 31, 2009

Kini KU Kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan2 budiman...
Agak lama juga saya menghilangkan diri dari blog ini..sesekali buka juga...diri ini seperti ketandusan ......
Patah semangat....
Tapi baru semalam ku terperasan rupa2nya ada juga seorang hamba Allah, sahabat lamaku kak Hasira sudi menjadi follower...kini semangat untuk menulis pulih kembali...

Selain dari sibuk menguruskan anak2, cuti dan cuti dan cuti....diri ini sedang bertatih belajar on-line fotografi...sesuai benar..anak2 ku telah kupisahkan tidur mereka dari kami ibu bapanya...apabila anak2 tidur..dapatlah fokus sebentar tutorial on-line dan update sedikit2 blog ku ini...Insyallah...blog seterusnya akan mengupas serba sedikit tentang...Suami Dayus...maybe ramai yang terfikir suami dayus adalah suami yang memejam mata melihat isterinya curang..oh..tidak sama sekali...he..he..explain teruslah yek...suami dayus selain yang tersebut di atas ..juga adalah suami yang membiarkan isterinya memerintah dirinya...iaitu mengikut telunjuk isteri dalam kehidupan seharian beliau...suami dayus juga adalah suami yang membiarkan isterinya berbuat maksiat misalnya tidak menutup aurat...ada juga istilah bapa atau ayah dayus...ayah dayus adalah ayah yang tidak menegur anaknya membuat kemungkaran..eg. berzina, tidak menutup aurat dan sebagainya...di zaman ini para remajanya memakai baju2 ketat...anak2 umur 3 tahun boleh pakai baju tersebut..anak2 dara pun boleh pakai baju tersebut..trend...baju t-shirt untuk semua peringkat umur...mudah kerja bagi pembuat baju t-shirt...boleh dipakai oleh semua peringkat umur...

suami dayus dan bapa dayus ini tuan2 tidak akan tercium bau syurga..masyallah...jauhkan lah kita dari perkara2 di atas...justeru, sebagai seorang isteri apa yang boleh kita buat adalah...beri galakkan kepada suami kita untuk pergi ke masjid solat berjamaah..sesungguhnya para suami yang solat berjemaah di masjid mereka adalah umpama tiang pasak kepada masjid tersebut..masjid merupakan lambang syiar islam..masjid rumah Allah...insyallah..banyak hikmah bagi yang ke masjid...insyallah suami ke masjid..justeru, rumah tangga akan tersusun sempurna terpelihara oleh Allah Taala...

sebelum terlupa..bagi yang wanita..janganlah pakai haruman di badan kecuali kepada suami di dalam rumah...bagi wanita yang memakai wangi2an kemudian dia lalu di hadapan lelaki lain, lelaki tersebut terpaling kerana terpegun bau wangi..sesungguhnya wanita tersebut seperti berzina dan lelaki yang mencium bau tersebut juga seolah-olah berzina...pakailah wangian kepada suami atau isteri anda..hukumnya sunat...ok kwn2 setakat ini dahulu tazkirah ringkas dari hamba..hingga ketemu lagi insyallah...wassalam

No comments: