Friday, April 3, 2009

Majlis Perkahwinan Dalam Islam

Cuti sekolah baru sahaja berakhir, pasti ramai antara kita yang dihujani dengan jemputan kenduri kahwin. Semoga majlis kesyukuran yang dianjurkan mendapat keberkatan daripada Allah swt. Dewasa ini, majlis kenduri kahwin yang dianjurkan penuh dengan perkara2 maksiat...contohnya...ada majlis persandingan dimana pengantin duduk atas pentas yang dihias dengan indah sekali..ada majlis menepung tawar, pengantin duduk di atas singgahsana manakala para hadirin duduk menghadap pengantin dan dihidangkan dengan pelbagai aksi 18SX(kebanyakannya). maklumlah..sudah upah kameraman harga ribuan ringgit, upah solek dan baju dengan mak andam (tu tak tahu lagi..ada makandam perempuan, lelaki dan golongan ketiga)...alunan muzik yang mengasyikkan...khemah pengantin yang dihias berlebih2an....mungkin ada dj yang mengendalikan sesi alunan muzik tersebut...masing2 berlumba2 nak dapatkan dj terbaik...kalau di bandar2 dan mula juga di kampung2...para hadirin pulang dengan senyuman di bibir...al maklumlah...dah menghulur note merah sekeping..dapat bawa pulang beg kertas penuh dengan pelbagai goodies...beg kertas juga mempunyai kasta nya masing2..bagi vip lain kelas begnya, bagi kawan2 lain pula, bagi jiran2 dok menganga sajalah..he..he..kalau ada lebih insyallah merasa..kalau tak ada terkulat2 tengok sahajalah...he..he..belum lagi para jemputan yang tak sah kalau tak dapat tengok bilik pengantin....biasalah..nak membandingkan perabot baru ke lama...jenama apa..jati ke kayu murah sahaja...mas kahwinnya berapa..hantaran beli kat mana...overseas ke dalam negeri sahaja...pengantin lelaki akad nikah berapa kali ye...beri apa kepada pengantin perempuan, cincin ke gelang emas ke...rantai......

Sekarang ini, kalau ada 10 jemputan alamatnya kenalah ada rm100...bagi yang berada tak mengapa tapi bagaimana dengan orang2 kurang berkemampuan...bukankah kenduri bertujuan nak mengalu2kan pengantin...pihak tuan rumah nak menjamu orang datang...tapi apa yang berlaku dewasa ini, seolah2 kenduri satu perniagaan...habis tutup kedai..pakat kira duit..balik untung ataupun tidak..masyallah...sayang..sepatutnya kenduri yang mendapat pahala dan keredhaan allah..habis begitu sahaja...ditambah lagi...tuan rumah merungut..si polan salam tangan kosong sahaja....agak kelakar sekali, isteri tuan rumah..alias mak pengantin siap bawak handbag ke hulu ke hilir mengepit kat celah ketiak atau kat tangan..nampak sangat nak collect duit bayar dulu makan kenduri kemudian...bagi para jemputan, rasa seronok dan ikhlas nak ke kenduri kahwin sudah tak seperti dulu lagi...wallahuaklam..sama2lah kita fikirkan...

No comments: